Berhubung dengan tuntutan pihak Gereja Katolik untuk guna perkataan 'Allah' dalam penerbitan 'Herald - The Catholic Weekly'.
Hasil dari pembacaan saya keatas pendapat-pendapat yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan internet timbul kerisauan yang yang amat besar didalam hati sanubari saya berkenaan persoalan-persoalan berikut:-
- Terdapat golongan ilmuan Islam yang tidak menghormati - Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah memutuskan “Bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain”.
- Bagaimana Mahkamah Sivil dibenarkan membicara perihal-perihal berkaitan dengan Agama Islam walaupun ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.
- Dimana kedudukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di kalangan Orang Islam) yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah itu hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
- Ada golongan Islam mengesyorkan supaya satu badan rundingan ditubuhkan di antara Agama sedangkan mereka sendiri tidak menghormati Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
- Ada tanda-tanda tidak keupayaan pihak pemerintahan memelihara Agama Islam walaupun kita ada Peguam Negara, Ahli-ahli Parlimen, Menteri-Menteri, Perdana Menteri semuanya yang beragama Islam, berkuasa, berpengetahuan walaupun didokong dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Peguam-peguam Syarie dan Ilmuan Islam.
- Dari golongan yang menyokong usul pihak gereja Kristian terdapat kerisauan yang mendalam berkenaan perlu adanya garis-garis panduan penggunaan kalimah Allah tetapi yang menghairankan mereka sendiri tidak mahu ikut peraturan yang sedia ada.
“Bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain”.
Kepada semua umat Islam di Malaysia, termasuk diri saya sendiri disarankan supaya memantapkan ilmu pengetahuan tentang Islam dengan bersungguh-sungguh kerana hanya itulah satu-satunya yang dapat menglindungi diri, anak-anak dan keluarga kita didunia dan akhirat nanti.
Kepada pemerintah dan yang berkuasa sila pimpin kami ke-jalan yang benar dan kepada yang ingin menjadi pemerintah jangan kelirukan kami.
Sekian, Salam Perjuangan untuk Semua.