SALAM PERJUANGAN

Halaman bagi saya memberi pendapat peribadi berkenaan perkara-perkara yang berlaku di-negara kita Malaysia untuk tatapan semua pelayar-pelayar Internet khas nya.



Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 yang tersurat dan tersirat.

Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada Sabtu 28/04/2012 di-Dataran Merdeka baru baru ini telah meninggalkan satu lagi sejarah hitam negara. Lanjutan dari himpunan Bersih 2.0 tahun 2011, Bersih 3.0 telah menjadi Kotor 3.0 kerana tidak pernah dalam sejarah Malaysia, Mahkamah dan pasukan polis dihina sedemikian rupa. Provokasi yang melampau keatas pihak berkuasa keterlaluan. 

Seperti biasa selepas perhimpunan, pihak penganjur memberi ulasan kejayaan perhimpunan, lepas tangan atas peristiwa-peristiwa yang melanggar peraturan himpunan dan menuntut polis menyiasat dan ambil tindakan keatas mereka-mereka yang bersalah. Begitu mudah kerja penganjur. 

Penganjur Bersih 3.0 sebenarnya telah membuka ruang baru dalam sejarah negara dengan mengajar rakyat Malaysia supaya tidak menghormati undang-undang negara. Perintah mahkamah tidak dipatuhi, nasihat pihak berkuasa tidak dihargai dan pasukan polis dihina. Walaupun ini terang terang berlaku tetapi nampaknya makin ramai rakyat Malaysia terpengaruh. Pihak Pakatan Rakyat (PR) pula seperti biasa selepas perhimpunan mencari kesalahan pihak berkuasa. Mereka bersih, suci dan betul sentiasa. 

Saya tidak mahu mengulas berkenaan kejadian-kejadian pada perhimpunan kerana adalah lumrah apa yang berlaku memang sudah dijangka. Kecederaan, maki hamun, caci mencaci, salah menyalah, harta benda rosak dan nyawa-nyawa hampir melayang. Tetapi tetap sedih kerana pihak penganjur tidak mahu bertanggung-jawab. 

Tujuan Bersih 3.0 sebenarnya bukan yang tersurat seperti yang kita semua dimaklumkan tetapi yang tersirat. Mari kita amati dengan mata hati, kita semua sudah mengetahui hampir semua tuntutan Bersih 3.0 telah dipenuhi oleh pihak SPR termasuk cadangan-cadangan dari jawatan kuasa Parlimen berkenaan menambah baik urusan pilihan raya. SPR juga telah memberi taklimat kepada ahli ahli Parlimen dari kedua pihak serta bersoal-jawap. Semuanya dilakukan dengan telus. Jadi, semua pertikaian telah dirungkai dan dijawab oleh SPR tanpa selindung. Jadi kita perlu tanya mengapa penganjur Bersih 3.0 masih mahu meneruskan hasrat untuk berhimpun jika bukan kerana adanya agenda lain yang tersirat.???? 

Kita semua mahu urusan pilihan raya diurus dengan amanah dan telus tetapi cara himpunan bukan budaya kita. Apalagi jika tuntutan yang dibuat telah diambil tindakan oleh pihak SPR dan pihak berkuasa. Pintu rundingan sentiasa terbuka untuk menambah baik SPR. 

Setelah semua persoalan penganjur Bersih 3.0 telah dijawab, kini penganjur mula mempertikai Pengurusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO pula. Alasan "NON PARTISAN" pula timbul. Menuntut perletakan jawatan Pengurusi SPR dan Timbalannya. Menutup pintu rundingan dengan SPR , nampak sangat tujuan mereka untuk melumpuh SPR dan menghuru harakan negara dengan dokongan tangan-tangan ghaib dibelakang Bersih 3.0. Ini tidak mustahil jika motif utama dan akhir adalah kerana DUIT & KUASA dan untuk musnahkan umat Islam, Bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu dinegara Malaysia. 

Saya mohon kepada semua kaum di Malaysia supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sila lawat laman SPR untuk mendapat maklumat berkenaan perkara yang Bersih 3.0 timbulkan http://www.spr.gov.my/images/stories/berita_semasa/FAKTA_SEBENAR_DI_SEBALIK_DAKWAAN_BURUK_TERHADAP_SPR.pdf

KEPADA Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan serta ahli-ahli AJK.... sekalung tahniah.. kalian semua bukan pejuang tetapi PETUALANG NEGARA.

SEKIAN, WASSALAM

MOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH SWT...

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2

BERSIH 2 telah berlalu semalam 9/7/2011. Apa yang pasti, rumusan 1 saya seperti berikut:-
1. Tindakan BERSIH 2 tindakan yang sia-sia dan tindakan haram.
2. Bersih 2 memberi contoh tidak baik kepada generasi muda Malaysia dan cara yang salah untuk mendapat sesuatu.
3. BERSIH 2 menderhaka kepada SPB YDP Agong.
4. BERSIH 2 melanggar undang-undang negara dan pengkianat negara.
5. BERSIH 2 berdosa kepada mereka yang mendapat kesusahan, berdosa dengan para peniaga kehilangan rezeki, berdosa menganggu kehidupan harian dan menginaya orang awam.
6. BERSIH 2 menjatuhkan imej negara dimata dunia.
7. BERSIH 2 membasir wang rakyat dengan guna tenaga pasukan polis kepada perkara sia-sia.
8. BERSIH 2 tindakan provokasi menjatuhkan kerajaan dan
9. BERSIH 2 menipu majoriti rakyat Malaysia, tidak mendengar nasihat polis dan tidak mendengar rintihan rakyat melalui lapuran polis.

Rumusan 2 saya ialah :
1. Sedih bangsa melayu mudah terpedaya dengan propaganda pihak BERSIH 2.
2. Amat sedih dengan pemimpin Melayu PAS, PKR dan Patriot yang menyertai himpunan BERSIH 2.
3. Amat-amat sedih dengan pemimpin-pemimpin Islam yang menyokong BERSIH 2.
4. Teramat sedih dengan perpecahan bangsa Melayu yang tiada kesudahan.

Oleh itu, saya mohon supaya kita semua khasnya bangsa Melayu yang 99.99 Islam mari lah bersatu demi Agama, Bangsa dan Negara. Masa depan anak-anak kita tergantung pada kesatuan kita.


BERSATU KITA TEGUH , BERCERAI KITA ROBOH.

Saturday, June 18, 2011

PERPADUAN MELAYU

Saya terpanggil untuk membuat ulasan yang bermain dalam fikiran saya untuk sekian lama untuk tatapan umum.

Saya tersangat kecewa dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku dinegara kita yang kita cintai. Nampaknya semacam tidak akan ada kesudahan bagi mencapai perpaduan Melayu. Walaupun terdapat keinginan mengunung beberapa pihak tertentu yang berusaha keras untuk satukan Melayu yang 99.99 % adalah beragama Islam tetapi hingga kini masih tidak ada hasilnya. Malah lebih bercelaru bangsa Melayu kini adanya.

Saya masih tidak dapat menerima hakikat bagaimana sebuah parti atas nama Islam PAS,yang terang terangan tidak menyambut salam perpaduan dari parti UMNO demi Melayu . Syarat perpaduan yang PAS letakkan ialah UMNO mesti tukar kepada parti berasaskan pelembagaan Islam. Kenapa perlu bangsa Melayu menjadi mangsa hanya kerana mereka Melayu. Apa salahnya mereka , hingga mereka dipinggirkan. PAS sedia tarbiah bukan Islam tetapi orang Islam yang bangsanya Melayu dipinggirkan semata mata kerana mereka bangsa Melayu. Dimana logiknya ? Kita diajar walaubagaimana kejam sekalipun musuh kita jika mereka menghulur tangan mahu berdamai atau bekerja sama kita perlu menyambutnya dengan hati yang terbuka demi kesatuan ummah Islam apatah lagi jika musuh itu saudara kita seagama. Jika benar perjuangan UMNO jauh terpesong daripada ajaran Islam, sila beri tauladan baik dan tunjuk ajar untuk diikuti bukan dengan fitnah, maki hamun dan berlagak sombong. Melayu sedang diketawakan oleh non melayu. Apa guna perjuangan PAS berlandaskan Islam jika perbuatannya tidak Islamik.

Banyak perkara yang PAS lakukan tidak selaras tuntutan Islam. Mana ada dalam ajaran Islam kita disuruh doakan musibah sesama saudara Islam. Soal royalti minyak, jika PAS rasa kerajaan Kelantan berhak keatas royalti ambil sahaja tindakan undang-undang dan jangan buat fitnah yang bukan-bukan. Cuba letakkan diri anda dipihak yang kena tuntut, mereka juga ada tanggungjawap terhadap perjanjian dimenterai dan kepada semua rakyat Malaysia. Ini amanah perlu dipelihara. Jangan lihat sebelah pihak sahaja. Sekarang kes akan didengar dimahkamah sila berikan hujah-hujah untuk dapat keputusan memihak kerajaan negeri Kelantan atas royalty minyak tersebut. PAS selalu buat sembahyang hajat tetapi tujuannya apa? Tidak jelas. Mana boleh kita buat sembahyang hajat untuk musnahkan pemimpin Islam. Kita disuruh doakan kebaikan, diberi hidayah jika seseorang itu buat kesalahan. Maafkan kesalahan mereka itulah yang sebaik baik nya. PAS kata media perdana tidak adil dalam liputan tetapi Harakah pun sama juga. Liputannya semua berpihak pada PAS tiada kebaikan langsung pernah dilakukan UMNO untuk dilapurkan. Inikah Islam? Jika media perdana buat salah jangan kita juga ikut sekali. Jika demikian tiada beza PAS dan UMNO.

Islam itu indah , Islam itu sejahtera, Islam itu salam, Islam itu selamat, Islam itu kasih, Islam itu amanah , Islam segala-segalanya dan semua orang Islam itu bersaudara tidak kira apa bangsa mereka. Kenapa PAS bergitu sayang pada non muslim , bergitu kasih pada orang-orang Islam luar Negara dengan tidak memilih bangsa tetapi Melayu Islam di-negara sendiri Malaysia tidak diberi layanan sewajarnya. Hairan tapi inilah yang terjadi sekarang ..pelik tapi benar…

Sekali lagi saya berani katakan bahawa PAS tidak akan berjaya mendapat sokongan 100% bangsa Melayu yang 99.99 % Islam jika PAS masih berpolitik seperti sedia kala. Budaya fitnah, kurang ajar, taksub , sombong , statement yang mengelirukan, double standard dan lain lain sinonim dengan PAS. Inikah Islam ?. Terlalu banyak contoh yang dipamer PAS bagi saya menjatuhkan maruah ugama Islam. Setakat ini, hanya Prof. Dr Harun Din yang pendapatnya dihormati dan ada nilainya yang lain-lain saya minta maaf. Bukan apa-apa kerana tidak nampak ketokohan, kebijaksaan dan keindahannya dalam pendapat dan pandangan yang diberikan.

Jika PAS benar-benar Islam, ubah cara berdakwah . Tunjuk peribadi mulia, takbir negeri untuk contohi, jauhi demonstrasi jalanan, jauhi fitnah menfitnah, jauhi caci mencaci barulah orang-Melayu sokong. Bantulah UMNO dengan ikhlas demi kesatuan ummah orang Islam yang rata-ratanya MELAYU. Jauhi buruk sangka yang bukan bukan. Ketepikan ego, jangan sombong, jika PAS pandai, bantu kita semua demi kesejahteraan Negara Malaysia. Itu yang saya pinta. Jika dalam kesatuan baru tahu bagaimana susahnya mentadbir negara yang berbilang kaum. Bantu tingkatkan intregriti semua pihak untuk perangi rasuah. Sama-sama memberi idea bernas untuk tangani masalah setiap kaum yang mahukan pembelaan. Barulah kebolehan PAS diuji dalam mentadbir negara. Semua pihak akan mendapat nikmat dan ugama Islam akan dihormati.

Tersangat hairan kenapa PAS sokong demontrasi BERSIH 2. Ini bukan cara Islam. Kita semua tahu, jika tindakan kita boleh mendatangkan kemudaratan atau inaya pada satu orang sekali pun kita patut hindarkan perbuatan atau rancangan itu. Pihak polis telah terang- terang memberi nasihat supaya BERSIH 2 perlu dihentikan tetapi nasihat tidak dihiraukan. Berbagai pihak telah melahirkan kekuatiran tetapi PAS tak ambil perduli. Ini-kah Islam? PAS jamin perhimpunan BERSIH 2 adalah perhimpunan aman, tetapi beralas kepada apa? Sedangkan Polis tidak dapat memberi jaminan sedemikian inikan pula PAS. Siapa yang dapat beri jamin dalam ribuan manusia tidak akan berlaku provokasi. Telah terbukti dalam himpunan yang lalu macam-macam telah berlaku. Cabar mencabar telah berlaku dari berbagai pihak dan tahap kemarahan akan memuncak pada hari tersebut. Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi. Nyawa , harta benda dan maruah semuanya akan terdedah kepada kemusnahan . Natijah nya salah menyalah akan berlaku dan dendam kesumat akan terpahat dalam hati sanubari masing-masing hingga ke-anak cucu. Inikah hasil yang PAS mahukan? Tentu tidak.

Ugama Islam mendapat publisiti yang meluas di-Malaysia dan rata rata orang seperti saya yang Islam pun keliru dengan berbagai bagai pendapat dan pandangan terhadap perkara seperti sumpah laknat, hukum hudud, kes liwat, 4 orang saksi, isu kalimah Allah dan berbagai bagai lagi. PAS tidak membantu dalam huraian perkara ini dengan bijaksana. PAS membantu memecah belah bangsa Melayu dengan menyokong anjuran pemilihan AJK Masjid cara mengundi baru baru ini . Kini Melayu berpecah kepada 4 kumpulan iaitu Melayu Umno, Melayu Keadilan, Islam PAS dan Melayu tiada parti. Bertapa lemahnya kita Melayu di-Malaysia. Orang bukan Islam tidak akan hormat dan tertarik pada Melayu (Islam) . Ini bermakna Islam bercelaru dan tiada kesatuan. Inikah yang kita inginkan? . Tentu tidak.

Parti Umno memang ada kelemahannya. Parti UMNO berteraskan bangsa Melayu yang rata ratanya Islam mempunyai tanggungjawap tersangat berat. Menjadi teras dalam kerajaan , UMNO perlu jaga kehendak bangsa Melayu dengan tidak abaikan kebajikan untuk bangsa bangsa lain di-Malaysia. Perlu nampak adil dan lakukan keadilan. Kelemahan mentadbir urus negara bersama parti komponen lain terserlah dengan adanya pemimpin yang tamak dan melakukan rasuah. Tindakan lambat jadi kritikan rakyat, pembasiran masih berlaku, ketulusan sentiasa diragui, tindakan berasas undi perkara lazim, kebajikan kadang kadang nampak bermusim & kelemahan dalam penguatkuasaan. Ini semua menjadi sebutan rakyat Malaysia. Dalam dunia ini terdapat 3 perkara (hidangan) yang selalu menjadi tarikan dan musuh manusia iaitu perempuan (nafsu) , emas (duit) dan tanah (harta). Inilah yang selalu dihadapi pemimpin apabila berada dipuncak . Hidangan-hidangan ini akan datang berkali kali dan mereka yang lemah iman akan tunduk. Yang kuat iman pun tak jamin menang. Sistem penyampaian perlu cepat dan telus supaya dapat menghalang perbuatan rasuah. Kita ingin lihat kepada perubahan yang bersungguh-sungguh untuk menambah baik kelemahan yang disebutkan tadi.

Kes liwat Anwar Ibrahim akan bermula tidak lama lagi. Saya harap semua pihak jangan buat spekulasi dengan andai berbagai bagai. Jangan buat dosa-dosa kering. Kita semua patut beri peluang pada kedua pihak yang terlibat untuk mendapat keadilan di mahkamah. Peluang seluas mata memandang telah dan akan diberikan kepada kedua pihak untuk membuktikan dakwaan dan membela diri. Kita serahkan pada Hakim untuk menilai semua bukti yang dikemukakan dan keputusan salah atau tidak akan diketahui dikemudian hari.

Kepada proses pilihan raya Masjid di-P.Pinang yang telah ditanggungkan pelaksanaannya oleh DYMM SPBYDP Agong, kita patut bersyukur kerana perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam demi mengelak perpecahan yang mungkin berlaku jika dilaksakan dengan tergesa gesa. Tujuan pelaksana tidak bergitu jelas. Kita harap usaha ini bertujuan murni dari semua sudut. Jika ada agenda lain harap tidak teruskan. Jika ada kelemahan dalam tadbir urus masjid tentu ada cara lain untuk menambah baik kelemahan itu. Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih utama perlu diberi perhatian demi membangun kekuatan ummah dari segi ekonomi, keupayaan berdikari, peluang berniaga, pemilikan harta , peluang pendidikan dan kesihatan , kesejahteraan keluarga, daya ketahanan tinggi dan berbagai bagai lagi program yang baik.

Himpunan BERSIH 2 perlu dihentikan walau apa pun alasannya. MAKLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Sila pilih cara lain untuk menyampai apa-apa ketidakpuasan hati . Terlalu banyak pihak yang berpentingan dan banyak perkara tersirat daripada yang tersurat . Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada hari tersebut jika ianya diadakan. Jika mahukan KEBAIKAN lakukan kebaikan pada semua ketika jangan lakukan KEBUROKAN untuk mencapai KEBAIKAN.

Kepada semua blogger tak kira dipihak mana termasuk atas pagar jauhilah dari membuat fitnah, jauhi bahasa kasar, jangan beri gelaran tak baik pada seseorang, santun dalam bicara dan jangan pamer gambar telah diedit untuk dipalsukan. Gunakan kebijaksanaan dalam berbicara demi kebaikan bersama.

Akhir kalam, mari kita semua panjatkan doa kepada Allah SWT untuk kebaikan dunia akhirat bagi umat Islam satu dunia.

Sekian, WASSALAM

Thursday, November 4, 2010

Pilihan Raya Kecil DUN Galas & Parlimen Batu Sapi

Alhamdulillah, syukur ke-hadrat ALLAH Swt kerana pilihan raya kecil DUN Galas & Parlimen Batu Sapi pada 4/11/2010 telah berakhir dengan selamat. Tidak ada kejadian kejadian yang besar tidak diingini berlaku sepanjang tempuh membuang undi. Seperti biasa, sepanjang tempuh berkempen telah di-perlihatkan kepada pengundi-pengundi setempat dan rakyat Malaysia keupayaan, kebolehan beserta janji-janji manis dibuat oleh parti masing masing dan tidak ketinggalan juga diperlihatkan dan diperkatakan keburukan demi keburukan parti pihak lawan. Tuduh menuduh sudah menjadi perkara lumrah didalam kempen pilihan raya kecil seperti ini. Tidak dapat ditentukan ketika ini, bila dan ketikanya parti-parti bertanding dapat berkempen secara aman dan bersih sebersih bersihnya.

Di-dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Barisan Nasional (BN) telah berjaya memenangi kerusi tersebut dengan calonnya Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Keputusan ini menzahirkan hampir 20% jumlah pengundi yang menyokong Pas pada PRU12 lalu telah beralih menyokong calon BN pada pilihan raya kecil kali ini. Amat menarik jika pihak Pas dapat menilai 2 perkara besar hasil keputusan pilihan raya kecil DUN Galas ini. 1/ Apa punca sebenar kehilangan hampir 20% sokongan pengundi Pas PRU12 sekarang dan 2/ Apa pula punca-punca yang menyebabkan Pas masih tidak dapat meraih sokongan pengundi pengundi BN yang lain setelah sekian lama berjuang atas landasan Islam? Tolong jangan beri alasan kekalahan ini atas sebab ada undi-undi hantu.

Di-kerusi Parlimen Batu Sapi Sandakan , Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti besar 6,359 undi. Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah 3,414 undi.

Pada hemat saya, cara Pas berpolitik semasa kini tidak menarik untuk di-sertai bersama. Terdapat ahli-ahli Pas termasuk pemimpinnya selalu mempamerkan contoh-contoh yang tidak baik seperti maki hamun, demonstrasi jalanan, pandai tak tidak boleh di-ikut , sombong, kasar, bongkak, celaru, double standard, hanya pandai mengkritik dan di-lihat tidak menyokong penyatuan bangsa Melayu. Memilih berkawan dengan DAP dan PKR dengan senang tetapi untuk bersatu dengan parti UMNO banyak syarat-syarat dikenakan dan akhirnya yang rugi ialah bangsa sendiri di kedua-dua pihak. Dek kerana sombong dan bongkak itulah maka sokongan bangsa Melayu kepada Pas tidak bertambah. Tetapi saya hormat pada tahap kesatuan dikalangan ahli-ahlinya sebagai satu jemaah yang kuat bersatu teguh.

Saya memohon seluas mata memandang seikhlas hati kepada seluruh pucuk barisan pimpinan Pas dan ahli-ahli nya agar memelihara Islam dengan baik dan berikan lah contoh dengan bercakap benar, bersopan, tertib tingkah laku pada semua ketika dan waktu untuk diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya supaya menghargai dan mendekati bertapa ugama Islam itu benar, selamat dan sejahtera didunia dan akhirat.

Di-pihak UMNO pula, saya ucapkan tahniah atas kemenangan calonnya Abdul Aziz Yusoff di DUN Galas dan juga kemenangan BN di kerusi Parlimen Batu Sapi Sandakan. Tiap kemenangan ada disertakan tanggungjawap. Sebagai parti utama didalam BN, perlu di-ingatkan bahawa seluruh rakyat Malaysia telah sekian lama sedar. Rata-rata mahukan perubahan kearah kebaikan itu di-segera dan di-laksanakan. Sebagai pemimpin yang telah diamanah dengan kuasa mentakbir Negara, perlu jauhi semua gejala rasuah disemua peringkat , jauhi pembaziran , tingkatkan produktiviti , tegahkan kebenaran dan keadilan, agih hasil Negara dengan saksama. Bekerja lah dengan sebenar benarnya kerana Allah Swt. Jaga kesejahteraan dan keselamatan Rakyat dan Negara Malaysia dengan baik. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dengan ikhlas hanya Allah Swt sahaja membalasnya di akhirat kelak.

Kepada rakyat Malaysia seluruhnya saya mohon setinggi langit seluas dunia berilah sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan selagi mana mereka berkhidmat dengan jujur dan beramanah. Bersatulah kita dalam membina Negara Malaysia tercinta. Jauhi segera amalan provokasi yang membawa kepada perpecahan dan kehancuran kaum. Bersatu lah kita semua dengan membina kerjasama antara kaum dengan Ikhlas. Hormati lah Perlembagaan Negara dan nasihat Raja-Raja Melayu.

Akhir kata , saya panjatkan doa kepada Allah Swt moga rakyat dan negara Malaysia diberi rahmat dan perlindungan sepanjang usia kita di-dunia ini.


Sekian, Wasalam.

Saturday, March 6, 2010

APA SUDAH JADI ?

Sejak kemenangan mendadak Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya yang lalu tidak banyak perkara pembaharuan yang dibawa mereka didalam senario politik tanah air kita. Fokus mereka masih tertumpu semata-mata untuk mendapat kuasa penuh untuk mentadbir negara diperingkat Persekutuan dan Negeri-Negeri dalam sekelip mata dengan apa cara sekali pun.


Slogan "Harapan Baru Untuk Malaysia" semasa pilihan raya telah bermula dengan memilih wakil-wakil rakyat secara tangkap muat. Ini adalah kesalahan yang kecil tetapi bersifat fundamental telah dilakukan PR. Apa pun yang dirancang dan dijanjikan hanya masa akan menentukan samada semua itu akan terjadi atau tidak. Dan akhirnya PR menerima akibatnya dengan wakil-wakil ini keluar parti dengan memberi berbagai alasan. Harapan baru yang dijanjikan mereka akan hanya tinggal slogan semata-mata.


Pemimpin-pimimpin PR sesama sendiri tidak bersatu, terdapat krisis kepimpinan dalam parti, berbeza idealogi, terlalu banyak berpolitik, menunjukkan tauladan yang buruk, rakyat dikelirukan, banyak statement "double standard", tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, dan tiada yang betul betul baru yang boleh dicontohi dan diberi pujian. Walau apa pun sebabnya kita harus terima bahawa PR sebenarnya belum bersedia untuk mentadbir negara kita.


Akibat dari itu, yang ruginya adalah rakyat Malaysia pada am nya kerana banyak masa dan tenaga habis bergitu sahaja kerana banyak berpolitik dari membina negara dan khasnya perasaan orang orang melayu banyak terluka dengan perbalahan-perbalahan yang berlaku. Disanubari hati mereka sudah bertapak perasaan bahawa tiada pihak yang betul betul mahu membela nasib mereka. Sebab itu lah terbentuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dianggotai 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara. Kita berharap dengan terbentuk nya MPM ini ianya benar benar dalam memberi impact yang berkesan demi membela nasib orang-orang Melayu dengan tidak menginaya orang-orang bukan Melayu.


Disamping itu, kita berasa sangat sedih dengan perbalahan berpanjangan pimpinan UMNO dan PAS. Sehingga kini tidak nampak sedikit pun perdamaian diantara kedua parti tersebut. Di kedua pihak terdapat bersamaan iaitu ahli-ahli dan angota nya kebanyakannya Melayu dan beragama Islam. Ahli dan anggotanya masing masing mahu kedamaian, kemajuan, hidup harmoni berkeluarga, selamat dunia akhirat tetapi dipihak pimpinan kenapa ini tidak dijadikan matlamat untuk membina dan menguatkan ummah Islam di negara kita untuk di contohi dunia. Titik persamaan banyak, kebaikan jika bersatu betapa membawa berkat tetapi yang dihajati pucuk pimpinan sekitar dendam, buruk sangka, tuduh menuduh. Contoh-contoh yang kita berikan kepada anak-anak kita dewasa ini tersangat buruk dan jika tidak perbetulkan sekarang generasi akan datang akan hancur. Apalah guna kemenangan jika Melayu dan Islam tidak dihormati.


Marilah kita semua berdoa bersama-sama: "Ya Allah, bukakan hati-hati pemimpin pemimpin kami disemua peringkat dalam semua kepartian, Sultan dan Raja-Raja Melayu, tok-tok guru dan ahli-ahli ilmuan Islam untuk menerima kekurangan-kekurangan masing masing. Ya Allah, berikan petunjuk dan hidayah kepada kami semua untuk berdamai, bekerjasama sebagai satu pasukan kearah perpaduan umat Islam dinegara Malaysia yang kami cintai ini. Ya Allah, jadikanlah kami umat Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang ENGKAU berikan". .... Amin



Sekian, wasalam.

SALAM PERJUANGAN DEMI UGAMA , BANGSA DAN NEGARA.


.

Saturday, February 13, 2010

Kes MB Perak - Keputusan Mahkamah Persekutuan

Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah perlu disambut dengan kesyukuran ke hadrat Allah swt . Kerana dengan keputusan ini ia nya telah menamatkan episod panjang pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.


Episod pertikaian ini telah mengambil masa yang panjang, menghabiskan sumber tenaga dan wang ringgit yang banyak dan telah menghasilkan bibit-bibit permusuhan yang sangat ketara di antara kedua pihak. Pegawai-pegawai kerajaan negeri khasnya tidak dapat memberi tumpuan yang jitu keatas tugas masing masing, rakyat Perak terbahagi kepada kedua pihak, pihak istana yang selama ini kita hormati juga di libatkan dengan masalah ini dan satu dunia di jemput dan di beri berbagai bagai versi untuk menghakimi perkara ini.


Kita semua patut menerima keputusan Mahkamah Persekutuan ini dengan hati yang terbuka.


Kepada pihak-pihak yang kecewa dengan keputusan ini hentikan memberi kenyataan-kenyataan yang tidak mendatang manafaat kepada rakyat. Jangan berterusan mengelirukan rakyat dengan berbagai bagai tohmahan dan tuduh menuduh tanpa bukti. Terima keputusan ini dengan hati tulus ikhlas. Sekarang ini adalah masa untuk bekerja, berkhidmat dengan bersungguh sungguh dan tunaikan janji janji dan amanat yang di buat semasa pilihan raya dulu. Biar rakyat menghakimi jasa bakti dan ketulusan hati kalian semasa berkhidmat. Berikan sokongan dan buah fikiran yang positif kepada pihak pemerintah demi kepentingan rakyat negeri Perak Jangan cari kesalahan semata mata dan amalkan budaya hormat dan bersantun ketika berbicara. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa.


Kepada pihak yang lega dengan keputusan ini, bersyukurlah kepada Allah swt dengan nikmat yang di berikan ini. Insafkan diri dan jangan sombong . Teguhkan barisan dan mulakan langkah langkah tersusun untuk berbakti kepada rakyat. Berikan keadilan untuk semua yang berhak, jaga kebajikan rakyat-rakyat miskin, tingkatkan peluang pekerjaan, tingkatkan produktibiti di kalangan kakitangan awam, tingkatkan pendapatan kerajaan negeri, hapuskan amalan membasir dan rasuah di semua peringkat. Tunaikan janji pilihan raya dengan kadar segera. Tunjukkan akhlak yang baik setiap masa. Pimpinlah kami dengan sempurna dan jangan lupa jaga keharmonian dan keselamatan rakyat Perak. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik di kenang juga.


Kepada rakyat Perak khasnya termasuk penulis, di pohon kita semua rapatkan barisan dan kembali bersatu dengan memberi sokongan padu kepada barisan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan pasukannya untuk melaksanakan program-program pembangunan fisikal yang menyeluruh serta agenda pembangunan modal insan yang seimbang bagi rakyat di negeri Perak. Kita ambil perhatian dengan lebih mendalam perjalanan pentadbiran kerajaan negeri selepas ini. Berikan input -input yang baik untuk menafaat bersama . Jangan ada sangkaan buruk lagi demi masa depan negeri Perak Darul Ridzuan, Buang yang keruh ambil yang jernih.


Serangkap pantun untuk renungan :-

Menanam kelapa di Pulau Bukum,

Tinggi sedepa sudah berbuah;

Adat bermula dengan hukum,

Hukum bersandar di kitab Allah


Sekian, wasalam.


SALAM PERJUANGAN DEMI UGAMA , BANGSA DAN NEGARA.


Saturday, January 23, 2010

Kalimah Allah

Salam Sejahtera,

Berhubung dengan tuntutan pihak Gereja Katolik untuk guna perkataan 'Allah' dalam penerbitan 'Herald - The Catholic Weekly'.

Hasil dari pembacaan saya keatas pendapat-pendapat yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan internet timbul kerisauan yang yang amat besar didalam hati sanubari saya berkenaan persoalan-persoalan berikut:-
  1. Terdapat golongan ilmuan Islam yang tidak menghormati - Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah memutuskan “Bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain”.
  2. Bagaimana Mahkamah Sivil dibenarkan membicara perihal-perihal berkaitan dengan Agama Islam walaupun ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.
  3. Dimana kedudukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di kalangan Orang Islam) yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah itu hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
  4. Ada golongan Islam mengesyorkan supaya satu badan rundingan ditubuhkan di antara Agama sedangkan mereka sendiri tidak menghormati Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
  5. Ada tanda-tanda tidak keupayaan pihak pemerintahan memelihara Agama Islam walaupun kita ada Peguam Negara, Ahli-ahli Parlimen, Menteri-Menteri, Perdana Menteri semuanya yang beragama Islam, berkuasa, berpengetahuan walaupun didokong dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Peguam-peguam Syarie dan Ilmuan Islam.
  6. Dari golongan yang menyokong usul pihak gereja Kristian terdapat kerisauan yang mendalam berkenaan perlu adanya garis-garis panduan penggunaan kalimah Allah tetapi yang menghairankan mereka sendiri tidak mahu ikut peraturan yang sedia ada.
Isu yang kita hadapi ini sangat besar kerana ianya menyentuh soal akidah umat Islam dengan itu wajib bagi kita mempertahankan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah memutuskan:-

Bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain”.


Kepada semua umat Islam di Malaysia, termasuk diri saya sendiri disarankan supaya memantapkan ilmu pengetahuan tentang Islam dengan bersungguh-sungguh kerana hanya itulah satu-satunya yang dapat menglindungi diri, anak-anak dan keluarga kita didunia dan akhirat nanti.

Kepada pemerintah dan yang berkuasa sila pimpin kami ke-jalan yang benar dan kepada yang ingin menjadi pemerintah jangan kelirukan kami.


Sekian, Salam Perjuangan untuk Semua.