SALAM PERJUANGAN

Halaman bagi saya memberi pendapat peribadi berkenaan perkara-perkara yang berlaku di-negara kita Malaysia untuk tatapan semua pelayar-pelayar Internet khas nya.



Saturday, June 18, 2011

PERPADUAN MELAYU

Saya terpanggil untuk membuat ulasan yang bermain dalam fikiran saya untuk sekian lama untuk tatapan umum.

Saya tersangat kecewa dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku dinegara kita yang kita cintai. Nampaknya semacam tidak akan ada kesudahan bagi mencapai perpaduan Melayu. Walaupun terdapat keinginan mengunung beberapa pihak tertentu yang berusaha keras untuk satukan Melayu yang 99.99 % adalah beragama Islam tetapi hingga kini masih tidak ada hasilnya. Malah lebih bercelaru bangsa Melayu kini adanya.

Saya masih tidak dapat menerima hakikat bagaimana sebuah parti atas nama Islam PAS,yang terang terangan tidak menyambut salam perpaduan dari parti UMNO demi Melayu . Syarat perpaduan yang PAS letakkan ialah UMNO mesti tukar kepada parti berasaskan pelembagaan Islam. Kenapa perlu bangsa Melayu menjadi mangsa hanya kerana mereka Melayu. Apa salahnya mereka , hingga mereka dipinggirkan. PAS sedia tarbiah bukan Islam tetapi orang Islam yang bangsanya Melayu dipinggirkan semata mata kerana mereka bangsa Melayu. Dimana logiknya ? Kita diajar walaubagaimana kejam sekalipun musuh kita jika mereka menghulur tangan mahu berdamai atau bekerja sama kita perlu menyambutnya dengan hati yang terbuka demi kesatuan ummah Islam apatah lagi jika musuh itu saudara kita seagama. Jika benar perjuangan UMNO jauh terpesong daripada ajaran Islam, sila beri tauladan baik dan tunjuk ajar untuk diikuti bukan dengan fitnah, maki hamun dan berlagak sombong. Melayu sedang diketawakan oleh non melayu. Apa guna perjuangan PAS berlandaskan Islam jika perbuatannya tidak Islamik.

Banyak perkara yang PAS lakukan tidak selaras tuntutan Islam. Mana ada dalam ajaran Islam kita disuruh doakan musibah sesama saudara Islam. Soal royalti minyak, jika PAS rasa kerajaan Kelantan berhak keatas royalti ambil sahaja tindakan undang-undang dan jangan buat fitnah yang bukan-bukan. Cuba letakkan diri anda dipihak yang kena tuntut, mereka juga ada tanggungjawap terhadap perjanjian dimenterai dan kepada semua rakyat Malaysia. Ini amanah perlu dipelihara. Jangan lihat sebelah pihak sahaja. Sekarang kes akan didengar dimahkamah sila berikan hujah-hujah untuk dapat keputusan memihak kerajaan negeri Kelantan atas royalty minyak tersebut. PAS selalu buat sembahyang hajat tetapi tujuannya apa? Tidak jelas. Mana boleh kita buat sembahyang hajat untuk musnahkan pemimpin Islam. Kita disuruh doakan kebaikan, diberi hidayah jika seseorang itu buat kesalahan. Maafkan kesalahan mereka itulah yang sebaik baik nya. PAS kata media perdana tidak adil dalam liputan tetapi Harakah pun sama juga. Liputannya semua berpihak pada PAS tiada kebaikan langsung pernah dilakukan UMNO untuk dilapurkan. Inikah Islam? Jika media perdana buat salah jangan kita juga ikut sekali. Jika demikian tiada beza PAS dan UMNO.

Islam itu indah , Islam itu sejahtera, Islam itu salam, Islam itu selamat, Islam itu kasih, Islam itu amanah , Islam segala-segalanya dan semua orang Islam itu bersaudara tidak kira apa bangsa mereka. Kenapa PAS bergitu sayang pada non muslim , bergitu kasih pada orang-orang Islam luar Negara dengan tidak memilih bangsa tetapi Melayu Islam di-negara sendiri Malaysia tidak diberi layanan sewajarnya. Hairan tapi inilah yang terjadi sekarang ..pelik tapi benar…

Sekali lagi saya berani katakan bahawa PAS tidak akan berjaya mendapat sokongan 100% bangsa Melayu yang 99.99 % Islam jika PAS masih berpolitik seperti sedia kala. Budaya fitnah, kurang ajar, taksub , sombong , statement yang mengelirukan, double standard dan lain lain sinonim dengan PAS. Inikah Islam ?. Terlalu banyak contoh yang dipamer PAS bagi saya menjatuhkan maruah ugama Islam. Setakat ini, hanya Prof. Dr Harun Din yang pendapatnya dihormati dan ada nilainya yang lain-lain saya minta maaf. Bukan apa-apa kerana tidak nampak ketokohan, kebijaksaan dan keindahannya dalam pendapat dan pandangan yang diberikan.

Jika PAS benar-benar Islam, ubah cara berdakwah . Tunjuk peribadi mulia, takbir negeri untuk contohi, jauhi demonstrasi jalanan, jauhi fitnah menfitnah, jauhi caci mencaci barulah orang-Melayu sokong. Bantulah UMNO dengan ikhlas demi kesatuan ummah orang Islam yang rata-ratanya MELAYU. Jauhi buruk sangka yang bukan bukan. Ketepikan ego, jangan sombong, jika PAS pandai, bantu kita semua demi kesejahteraan Negara Malaysia. Itu yang saya pinta. Jika dalam kesatuan baru tahu bagaimana susahnya mentadbir negara yang berbilang kaum. Bantu tingkatkan intregriti semua pihak untuk perangi rasuah. Sama-sama memberi idea bernas untuk tangani masalah setiap kaum yang mahukan pembelaan. Barulah kebolehan PAS diuji dalam mentadbir negara. Semua pihak akan mendapat nikmat dan ugama Islam akan dihormati.

Tersangat hairan kenapa PAS sokong demontrasi BERSIH 2. Ini bukan cara Islam. Kita semua tahu, jika tindakan kita boleh mendatangkan kemudaratan atau inaya pada satu orang sekali pun kita patut hindarkan perbuatan atau rancangan itu. Pihak polis telah terang- terang memberi nasihat supaya BERSIH 2 perlu dihentikan tetapi nasihat tidak dihiraukan. Berbagai pihak telah melahirkan kekuatiran tetapi PAS tak ambil perduli. Ini-kah Islam? PAS jamin perhimpunan BERSIH 2 adalah perhimpunan aman, tetapi beralas kepada apa? Sedangkan Polis tidak dapat memberi jaminan sedemikian inikan pula PAS. Siapa yang dapat beri jamin dalam ribuan manusia tidak akan berlaku provokasi. Telah terbukti dalam himpunan yang lalu macam-macam telah berlaku. Cabar mencabar telah berlaku dari berbagai pihak dan tahap kemarahan akan memuncak pada hari tersebut. Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi. Nyawa , harta benda dan maruah semuanya akan terdedah kepada kemusnahan . Natijah nya salah menyalah akan berlaku dan dendam kesumat akan terpahat dalam hati sanubari masing-masing hingga ke-anak cucu. Inikah hasil yang PAS mahukan? Tentu tidak.

Ugama Islam mendapat publisiti yang meluas di-Malaysia dan rata rata orang seperti saya yang Islam pun keliru dengan berbagai bagai pendapat dan pandangan terhadap perkara seperti sumpah laknat, hukum hudud, kes liwat, 4 orang saksi, isu kalimah Allah dan berbagai bagai lagi. PAS tidak membantu dalam huraian perkara ini dengan bijaksana. PAS membantu memecah belah bangsa Melayu dengan menyokong anjuran pemilihan AJK Masjid cara mengundi baru baru ini . Kini Melayu berpecah kepada 4 kumpulan iaitu Melayu Umno, Melayu Keadilan, Islam PAS dan Melayu tiada parti. Bertapa lemahnya kita Melayu di-Malaysia. Orang bukan Islam tidak akan hormat dan tertarik pada Melayu (Islam) . Ini bermakna Islam bercelaru dan tiada kesatuan. Inikah yang kita inginkan? . Tentu tidak.

Parti Umno memang ada kelemahannya. Parti UMNO berteraskan bangsa Melayu yang rata ratanya Islam mempunyai tanggungjawap tersangat berat. Menjadi teras dalam kerajaan , UMNO perlu jaga kehendak bangsa Melayu dengan tidak abaikan kebajikan untuk bangsa bangsa lain di-Malaysia. Perlu nampak adil dan lakukan keadilan. Kelemahan mentadbir urus negara bersama parti komponen lain terserlah dengan adanya pemimpin yang tamak dan melakukan rasuah. Tindakan lambat jadi kritikan rakyat, pembasiran masih berlaku, ketulusan sentiasa diragui, tindakan berasas undi perkara lazim, kebajikan kadang kadang nampak bermusim & kelemahan dalam penguatkuasaan. Ini semua menjadi sebutan rakyat Malaysia. Dalam dunia ini terdapat 3 perkara (hidangan) yang selalu menjadi tarikan dan musuh manusia iaitu perempuan (nafsu) , emas (duit) dan tanah (harta). Inilah yang selalu dihadapi pemimpin apabila berada dipuncak . Hidangan-hidangan ini akan datang berkali kali dan mereka yang lemah iman akan tunduk. Yang kuat iman pun tak jamin menang. Sistem penyampaian perlu cepat dan telus supaya dapat menghalang perbuatan rasuah. Kita ingin lihat kepada perubahan yang bersungguh-sungguh untuk menambah baik kelemahan yang disebutkan tadi.

Kes liwat Anwar Ibrahim akan bermula tidak lama lagi. Saya harap semua pihak jangan buat spekulasi dengan andai berbagai bagai. Jangan buat dosa-dosa kering. Kita semua patut beri peluang pada kedua pihak yang terlibat untuk mendapat keadilan di mahkamah. Peluang seluas mata memandang telah dan akan diberikan kepada kedua pihak untuk membuktikan dakwaan dan membela diri. Kita serahkan pada Hakim untuk menilai semua bukti yang dikemukakan dan keputusan salah atau tidak akan diketahui dikemudian hari.

Kepada proses pilihan raya Masjid di-P.Pinang yang telah ditanggungkan pelaksanaannya oleh DYMM SPBYDP Agong, kita patut bersyukur kerana perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam demi mengelak perpecahan yang mungkin berlaku jika dilaksakan dengan tergesa gesa. Tujuan pelaksana tidak bergitu jelas. Kita harap usaha ini bertujuan murni dari semua sudut. Jika ada agenda lain harap tidak teruskan. Jika ada kelemahan dalam tadbir urus masjid tentu ada cara lain untuk menambah baik kelemahan itu. Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih utama perlu diberi perhatian demi membangun kekuatan ummah dari segi ekonomi, keupayaan berdikari, peluang berniaga, pemilikan harta , peluang pendidikan dan kesihatan , kesejahteraan keluarga, daya ketahanan tinggi dan berbagai bagai lagi program yang baik.

Himpunan BERSIH 2 perlu dihentikan walau apa pun alasannya. MAKLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Sila pilih cara lain untuk menyampai apa-apa ketidakpuasan hati . Terlalu banyak pihak yang berpentingan dan banyak perkara tersirat daripada yang tersurat . Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada hari tersebut jika ianya diadakan. Jika mahukan KEBAIKAN lakukan kebaikan pada semua ketika jangan lakukan KEBUROKAN untuk mencapai KEBAIKAN.

Kepada semua blogger tak kira dipihak mana termasuk atas pagar jauhilah dari membuat fitnah, jauhi bahasa kasar, jangan beri gelaran tak baik pada seseorang, santun dalam bicara dan jangan pamer gambar telah diedit untuk dipalsukan. Gunakan kebijaksanaan dalam berbicara demi kebaikan bersama.

Akhir kalam, mari kita semua panjatkan doa kepada Allah SWT untuk kebaikan dunia akhirat bagi umat Islam satu dunia.

Sekian, WASSALAM