SALAM PERJUANGAN

Halaman bagi saya memberi pendapat peribadi berkenaan perkara-perkara yang berlaku di-negara kita Malaysia untuk tatapan semua pelayar-pelayar Internet khas nya.



Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 yang tersurat dan tersirat.

Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada Sabtu 28/04/2012 di-Dataran Merdeka baru baru ini telah meninggalkan satu lagi sejarah hitam negara. Lanjutan dari himpunan Bersih 2.0 tahun 2011, Bersih 3.0 telah menjadi Kotor 3.0 kerana tidak pernah dalam sejarah Malaysia, Mahkamah dan pasukan polis dihina sedemikian rupa. Provokasi yang melampau keatas pihak berkuasa keterlaluan. 

Seperti biasa selepas perhimpunan, pihak penganjur memberi ulasan kejayaan perhimpunan, lepas tangan atas peristiwa-peristiwa yang melanggar peraturan himpunan dan menuntut polis menyiasat dan ambil tindakan keatas mereka-mereka yang bersalah. Begitu mudah kerja penganjur. 

Penganjur Bersih 3.0 sebenarnya telah membuka ruang baru dalam sejarah negara dengan mengajar rakyat Malaysia supaya tidak menghormati undang-undang negara. Perintah mahkamah tidak dipatuhi, nasihat pihak berkuasa tidak dihargai dan pasukan polis dihina. Walaupun ini terang terang berlaku tetapi nampaknya makin ramai rakyat Malaysia terpengaruh. Pihak Pakatan Rakyat (PR) pula seperti biasa selepas perhimpunan mencari kesalahan pihak berkuasa. Mereka bersih, suci dan betul sentiasa. 

Saya tidak mahu mengulas berkenaan kejadian-kejadian pada perhimpunan kerana adalah lumrah apa yang berlaku memang sudah dijangka. Kecederaan, maki hamun, caci mencaci, salah menyalah, harta benda rosak dan nyawa-nyawa hampir melayang. Tetapi tetap sedih kerana pihak penganjur tidak mahu bertanggung-jawab. 

Tujuan Bersih 3.0 sebenarnya bukan yang tersurat seperti yang kita semua dimaklumkan tetapi yang tersirat. Mari kita amati dengan mata hati, kita semua sudah mengetahui hampir semua tuntutan Bersih 3.0 telah dipenuhi oleh pihak SPR termasuk cadangan-cadangan dari jawatan kuasa Parlimen berkenaan menambah baik urusan pilihan raya. SPR juga telah memberi taklimat kepada ahli ahli Parlimen dari kedua pihak serta bersoal-jawap. Semuanya dilakukan dengan telus. Jadi, semua pertikaian telah dirungkai dan dijawab oleh SPR tanpa selindung. Jadi kita perlu tanya mengapa penganjur Bersih 3.0 masih mahu meneruskan hasrat untuk berhimpun jika bukan kerana adanya agenda lain yang tersirat.???? 

Kita semua mahu urusan pilihan raya diurus dengan amanah dan telus tetapi cara himpunan bukan budaya kita. Apalagi jika tuntutan yang dibuat telah diambil tindakan oleh pihak SPR dan pihak berkuasa. Pintu rundingan sentiasa terbuka untuk menambah baik SPR. 

Setelah semua persoalan penganjur Bersih 3.0 telah dijawab, kini penganjur mula mempertikai Pengurusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO pula. Alasan "NON PARTISAN" pula timbul. Menuntut perletakan jawatan Pengurusi SPR dan Timbalannya. Menutup pintu rundingan dengan SPR , nampak sangat tujuan mereka untuk melumpuh SPR dan menghuru harakan negara dengan dokongan tangan-tangan ghaib dibelakang Bersih 3.0. Ini tidak mustahil jika motif utama dan akhir adalah kerana DUIT & KUASA dan untuk musnahkan umat Islam, Bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu dinegara Malaysia. 

Saya mohon kepada semua kaum di Malaysia supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sila lawat laman SPR untuk mendapat maklumat berkenaan perkara yang Bersih 3.0 timbulkan http://www.spr.gov.my/images/stories/berita_semasa/FAKTA_SEBENAR_DI_SEBALIK_DAKWAAN_BURUK_TERHADAP_SPR.pdf

KEPADA Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan serta ahli-ahli AJK.... sekalung tahniah.. kalian semua bukan pejuang tetapi PETUALANG NEGARA.

SEKIAN, WASSALAM

MOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH SWT...

No comments:

Post a Comment