Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah perlu disambut dengan kesyukuran ke hadrat Allah swt . Kerana dengan keputusan ini ia nya telah menamatkan episod panjang pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.
Episod pertikaian ini telah mengambil masa yang panjang, menghabiskan sumber tenaga dan wang ringgit yang banyak dan telah menghasilkan bibit-bibit permusuhan yang sangat ketara di antara kedua pihak. Pegawai-pegawai kerajaan negeri khasnya tidak dapat memberi tumpuan yang jitu keatas tugas masing masing, rakyat Perak terbahagi kepada kedua pihak, pihak istana yang selama ini kita hormati juga di libatkan dengan masalah ini dan satu dunia di jemput dan di beri berbagai bagai versi untuk menghakimi perkara ini.
Kita semua patut menerima keputusan Mahkamah Persekutuan ini dengan hati yang terbuka.
Kepada pihak-pihak yang kecewa dengan keputusan ini hentikan memberi kenyataan-kenyataan yang tidak mendatang manafaat kepada rakyat. Jangan berterusan mengelirukan rakyat dengan berbagai bagai tohmahan dan tuduh menuduh tanpa bukti. Terima keputusan ini dengan hati tulus ikhlas. Sekarang ini adalah masa untuk bekerja, berkhidmat dengan bersungguh sungguh dan tunaikan janji janji dan amanat yang di buat semasa pilihan raya dulu. Biar rakyat menghakimi jasa bakti dan ketulusan hati kalian semasa berkhidmat. Berikan sokongan dan buah fikiran yang positif kepada pihak pemerintah demi kepentingan rakyat negeri Perak Jangan cari kesalahan semata mata dan amalkan budaya hormat dan bersantun ketika berbicara. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa.
Kepada pihak yang lega dengan keputusan ini, bersyukurlah kepada Allah swt dengan nikmat yang di berikan ini. Insafkan diri dan jangan sombong . Teguhkan barisan dan mulakan langkah langkah tersusun untuk berbakti kepada rakyat. Berikan keadilan untuk semua yang berhak, jaga kebajikan rakyat-rakyat miskin, tingkatkan peluang pekerjaan, tingkatkan produktibiti di kalangan kakitangan awam, tingkatkan pendapatan kerajaan negeri, hapuskan amalan membasir dan rasuah di semua peringkat. Tunaikan janji pilihan raya dengan kadar segera. Tunjukkan akhlak yang baik setiap masa. Pimpinlah kami dengan sempurna dan jangan lupa jaga keharmonian dan keselamatan rakyat Perak. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik di kenang juga.
Kepada rakyat Perak khasnya termasuk penulis, di pohon kita semua rapatkan barisan dan kembali bersatu dengan memberi sokongan padu kepada barisan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan pasukannya untuk melaksanakan program-program pembangunan fisikal yang menyeluruh serta agenda pembangunan modal insan yang seimbang bagi rakyat di negeri Perak. Kita ambil perhatian dengan lebih mendalam perjalanan pentadbiran kerajaan negeri selepas ini. Berikan input -input yang baik untuk menafaat bersama . Jangan ada sangkaan buruk lagi demi masa depan negeri Perak Darul Ridzuan, Buang yang keruh ambil yang jernih.
Serangkap pantun untuk renungan :-
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah;
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab Allah
Sekian, wasalam.
SALAM PERJUANGAN DEMI UGAMA , BANGSA DAN NEGARA.
No comments:
Post a Comment