Sejak kemenangan mendadak Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya yang lalu tidak banyak perkara pembaharuan yang dibawa mereka didalam senario politik tanah air kita. Fokus mereka masih tertumpu semata-mata untuk mendapat kuasa penuh untuk mentadbir negara diperingkat Persekutuan dan Negeri-Negeri dalam sekelip mata dengan apa cara sekali pun.
Slogan "Harapan Baru Untuk Malaysia" semasa pilihan raya telah bermula dengan memilih wakil-wakil rakyat secara tangkap muat. Ini adalah kesalahan yang kecil tetapi bersifat fundamental telah dilakukan PR. Apa pun yang dirancang dan dijanjikan hanya masa akan menentukan samada semua itu akan terjadi atau tidak. Dan akhirnya PR menerima akibatnya dengan wakil-wakil ini keluar parti dengan memberi berbagai alasan. Harapan baru yang dijanjikan mereka akan hanya tinggal slogan semata-mata.
Pemimpin-pimimpin PR sesama sendiri tidak bersatu, terdapat krisis kepimpinan dalam parti, berbeza idealogi, terlalu banyak berpolitik, menunjukkan tauladan yang buruk, rakyat dikelirukan, banyak statement "double standard", tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, dan tiada yang betul betul baru yang boleh dicontohi dan diberi pujian. Walau apa pun sebabnya kita harus terima bahawa PR sebenarnya belum bersedia untuk mentadbir negara kita.
Akibat dari itu, yang ruginya adalah rakyat Malaysia pada am nya kerana banyak masa dan tenaga habis bergitu sahaja kerana banyak berpolitik dari membina negara dan khasnya perasaan orang orang melayu banyak terluka dengan perbalahan-perbalahan yang berlaku. Disanubari hati mereka sudah bertapak perasaan bahawa tiada pihak yang betul betul mahu membela nasib mereka. Sebab itu lah terbentuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dianggotai 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara. Kita berharap dengan terbentuk nya MPM ini ianya benar benar dalam memberi impact yang berkesan demi membela nasib orang-orang Melayu dengan tidak menginaya orang-orang bukan Melayu.
Disamping itu, kita berasa sangat sedih dengan perbalahan berpanjangan pimpinan UMNO dan PAS. Sehingga kini tidak nampak sedikit pun perdamaian diantara kedua parti tersebut. Di kedua pihak terdapat bersamaan iaitu ahli-ahli dan angota nya kebanyakannya Melayu dan beragama Islam. Ahli dan anggotanya masing masing mahu kedamaian, kemajuan, hidup harmoni berkeluarga, selamat dunia akhirat tetapi dipihak pimpinan kenapa ini tidak dijadikan matlamat untuk membina dan menguatkan ummah Islam di negara kita untuk di contohi dunia. Titik persamaan banyak, kebaikan jika bersatu betapa membawa berkat tetapi yang dihajati pucuk pimpinan sekitar dendam, buruk sangka, tuduh menuduh. Contoh-contoh yang kita berikan kepada anak-anak kita dewasa ini tersangat buruk dan jika tidak perbetulkan sekarang generasi akan datang akan hancur. Apalah guna kemenangan jika Melayu dan Islam tidak dihormati.
Marilah kita semua berdoa bersama-sama: "Ya Allah, bukakan hati-hati pemimpin pemimpin kami disemua peringkat dalam semua kepartian, Sultan dan Raja-Raja Melayu, tok-tok guru dan ahli-ahli ilmuan Islam untuk menerima kekurangan-kekurangan masing masing. Ya Allah, berikan petunjuk dan hidayah kepada kami semua untuk berdamai, bekerjasama sebagai satu pasukan kearah perpaduan umat Islam dinegara Malaysia yang kami cintai ini. Ya Allah, jadikanlah kami umat Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang ENGKAU berikan". .... Amin
Sekian, wasalam.
SALAM PERJUANGAN DEMI UGAMA , BANGSA DAN NEGARA.
.
No comments:
Post a Comment