SALAM PERJUANGAN

Halaman bagi saya memberi pendapat peribadi berkenaan perkara-perkara yang berlaku di-negara kita Malaysia untuk tatapan semua pelayar-pelayar Internet khas nya.



Thursday, November 4, 2010

Pilihan Raya Kecil DUN Galas & Parlimen Batu Sapi

Alhamdulillah, syukur ke-hadrat ALLAH Swt kerana pilihan raya kecil DUN Galas & Parlimen Batu Sapi pada 4/11/2010 telah berakhir dengan selamat. Tidak ada kejadian kejadian yang besar tidak diingini berlaku sepanjang tempuh membuang undi. Seperti biasa, sepanjang tempuh berkempen telah di-perlihatkan kepada pengundi-pengundi setempat dan rakyat Malaysia keupayaan, kebolehan beserta janji-janji manis dibuat oleh parti masing masing dan tidak ketinggalan juga diperlihatkan dan diperkatakan keburukan demi keburukan parti pihak lawan. Tuduh menuduh sudah menjadi perkara lumrah didalam kempen pilihan raya kecil seperti ini. Tidak dapat ditentukan ketika ini, bila dan ketikanya parti-parti bertanding dapat berkempen secara aman dan bersih sebersih bersihnya.

Di-dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Barisan Nasional (BN) telah berjaya memenangi kerusi tersebut dengan calonnya Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Keputusan ini menzahirkan hampir 20% jumlah pengundi yang menyokong Pas pada PRU12 lalu telah beralih menyokong calon BN pada pilihan raya kecil kali ini. Amat menarik jika pihak Pas dapat menilai 2 perkara besar hasil keputusan pilihan raya kecil DUN Galas ini. 1/ Apa punca sebenar kehilangan hampir 20% sokongan pengundi Pas PRU12 sekarang dan 2/ Apa pula punca-punca yang menyebabkan Pas masih tidak dapat meraih sokongan pengundi pengundi BN yang lain setelah sekian lama berjuang atas landasan Islam? Tolong jangan beri alasan kekalahan ini atas sebab ada undi-undi hantu.

Di-kerusi Parlimen Batu Sapi Sandakan , Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti besar 6,359 undi. Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah 3,414 undi.

Pada hemat saya, cara Pas berpolitik semasa kini tidak menarik untuk di-sertai bersama. Terdapat ahli-ahli Pas termasuk pemimpinnya selalu mempamerkan contoh-contoh yang tidak baik seperti maki hamun, demonstrasi jalanan, pandai tak tidak boleh di-ikut , sombong, kasar, bongkak, celaru, double standard, hanya pandai mengkritik dan di-lihat tidak menyokong penyatuan bangsa Melayu. Memilih berkawan dengan DAP dan PKR dengan senang tetapi untuk bersatu dengan parti UMNO banyak syarat-syarat dikenakan dan akhirnya yang rugi ialah bangsa sendiri di kedua-dua pihak. Dek kerana sombong dan bongkak itulah maka sokongan bangsa Melayu kepada Pas tidak bertambah. Tetapi saya hormat pada tahap kesatuan dikalangan ahli-ahlinya sebagai satu jemaah yang kuat bersatu teguh.

Saya memohon seluas mata memandang seikhlas hati kepada seluruh pucuk barisan pimpinan Pas dan ahli-ahli nya agar memelihara Islam dengan baik dan berikan lah contoh dengan bercakap benar, bersopan, tertib tingkah laku pada semua ketika dan waktu untuk diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya supaya menghargai dan mendekati bertapa ugama Islam itu benar, selamat dan sejahtera didunia dan akhirat.

Di-pihak UMNO pula, saya ucapkan tahniah atas kemenangan calonnya Abdul Aziz Yusoff di DUN Galas dan juga kemenangan BN di kerusi Parlimen Batu Sapi Sandakan. Tiap kemenangan ada disertakan tanggungjawap. Sebagai parti utama didalam BN, perlu di-ingatkan bahawa seluruh rakyat Malaysia telah sekian lama sedar. Rata-rata mahukan perubahan kearah kebaikan itu di-segera dan di-laksanakan. Sebagai pemimpin yang telah diamanah dengan kuasa mentakbir Negara, perlu jauhi semua gejala rasuah disemua peringkat , jauhi pembaziran , tingkatkan produktiviti , tegahkan kebenaran dan keadilan, agih hasil Negara dengan saksama. Bekerja lah dengan sebenar benarnya kerana Allah Swt. Jaga kesejahteraan dan keselamatan Rakyat dan Negara Malaysia dengan baik. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dengan ikhlas hanya Allah Swt sahaja membalasnya di akhirat kelak.

Kepada rakyat Malaysia seluruhnya saya mohon setinggi langit seluas dunia berilah sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan selagi mana mereka berkhidmat dengan jujur dan beramanah. Bersatulah kita dalam membina Negara Malaysia tercinta. Jauhi segera amalan provokasi yang membawa kepada perpecahan dan kehancuran kaum. Bersatu lah kita semua dengan membina kerjasama antara kaum dengan Ikhlas. Hormati lah Perlembagaan Negara dan nasihat Raja-Raja Melayu.

Akhir kata , saya panjatkan doa kepada Allah Swt moga rakyat dan negara Malaysia diberi rahmat dan perlindungan sepanjang usia kita di-dunia ini.


Sekian, Wasalam.

No comments:

Post a Comment